Monday 27 August 2012

Ini yang kami pertahankan :)

Hai Reader Blogger :)

Hye to my relationship :) Hi "Efaez". Hihii.

And say hye to Muhammad Faiz Hafizin bin Mohd Jafrey. Awak, sila buka mata luas-luas, post ini untuk awak dan ini luahan saya khas untuk awakk.

240811, tepat pada 8:40 p.m. Awak ingat lagi tarikh dan masa ni? Ye, tarikh dan masa ni yang mengubah status awak dan saya dari single ke couple :)

Dan tarikh 240811, saya dan awak tahu yang selama ni kita pendam perasaan suka sama-sama kann?

Saya sebagai perempuan malu untuk luahkan semua tu dan saya masatu hanya menunggu kata-kata dari awak.

Saya mula suka awak sejak saya break dengan ehem-2 saya tu. Awak selalu buat saya gelak dekat kelas, awak selalu bahan saya dan saya selesa kawan dengan awak sebab kepala otak awak sama dengan kepala otak saya. Haha, awak gila-gila masetu. Jadi saya pun tumpang sekepala :D

Tapi kata awak, awak malu untuk meluahkan semua tu sebab kata awak, takkanlah saya nak kat awakk. 

Awakk ..... Hm, awak tak cuba lagi kann?

Dan akhirnya, kawan saya cakap dengan awak yang saya suka awakk. Ya Allah, malunya saya masetu ...

Dahlah kita rapat kat kelas then tiba-tiba jadi macamni.

Pukul 6.30 petang tu masa nak balik sekolah, awak datang kat saya tiba-tiba awak cakap ...
"Efa, malam ni text tauu ". Dan saya hanya mampu tersenyum. Masetu memang malu sangat, sampai tak terkeluar segala butir dalam mulut saya.

Awak tepati kata-kata awak dan malam tu juga kita text. 240811, 08:40 pm, saya jadi milik awakk :)

Awak ingat lagi teddybear ni? Teddybear ni hadiah untuk saya dari awak sempena befday saya tahun lepas. Terima kasih awakk :) Setiap hari saya peluk cium dia. Dia tersangat comel dan gebu. Hihii.

Relationship kita dah lama dah awak. Genap 240812, relationship kita dah setahun :)

Ya Allah, saya tak sangka sangat awak. Cepat sangat masa berlalu.

Macam-macam kenangan pahit manis kita dah lalui.

Awak tahu, kenangan yang paling saya ingat bila tahun lepas awak sanggup masuk dalam longkang yang penuh dengan air tu semata-mata nak ambilkan henfon saya yang terjatuh dalam longkang. Tapi henfon tu memang dah rosak.

Ya Allah, sumpah saya terharu awakk. Kedua, bila kita DIPAKSA nyanyi depan budak tingkatan tiga yang lain dan depan cikgu-cikgu dekat bilik muzik. Ada yang petik nama kita dua awakk. Haha, kuang ajoo kann?

Dengan muka yang tebal, merah padam, yang teramat malu saya terpaksa berduet dengan awak, nyanyi lagu 'Percaya Padaku'. Terpaksa ohh :0

Kenangan yang lain juga masih saya ingat. Tak kurang juga kita pernah gaduh depan sekolah, dengan suara kuat, orang lain pandang. Mak aihhh, masa tu dua-dua memang takboleh kawal emosi kann? :(

Walauapapun, saya bersyukur sebab hubungan kita masih lagi bertahan selama setahun dan terima kasih untuk semua tu awakk.

Terima kasih jaga saya, risau pasal saya, hormat maruah diri saya, caring pasal saya, sabar dengan saya dan semuanyalah.

Lastly, saya nak awak tahu yang saya sayang awakk much muchh. Hihii :)

Assalammualaikum :)