Hey , aku update untuk meluahkan :')
Orang ada kata , kalau manusia tu berubah , itu adalah normal.
Orang ada kata , kalau manusia tu berubah , itu adalah ketentuan Allah.
Dan orang ada kata , kalau manusia tu berubah , kebanyakan ke arah yang buruk.
Dan aku adalah manusia yang tengah dikutuk sekarang :')
Dia : 'Efa , kau dah berubah lah sekarang'
Aku: Hah ? Berubah ? Berubah macammana ?
Dia: 'Hmm , nantilah aku cakap'
Aku: Alaa , cakap jelah sekarangg.
Dia: 'Kejap lagi. Lepas habis waktu agama'
*Sabar menunggu.

Dan , muka ni lah yang sanggup tunggu berhari-hari untuk tahu apa perubahan yang dia telah buat sampai kena kutuk bagai :')
Hari khamis. *Tadi dekat sekolah:
Aku: Hah weh , aku dah fedup lah. Kau bagitahujelahh !
Dia: Hm , tapi aku takut nanti kau jumpa orang tu and tanye bagai.
Aku: Takdenye. Hah, cepatlahh.
Dia: Betul kau tak jumpa orang tu ?
Aku: Hah insyaallah. Kalau aku tahu sape pun , mungkin aku takkan layan orang tu. Cakaplahh.
Dia: Hm , okay aku bgtahu ........
Sejak kau couple dengan F , kau dah makin kurang ajar :
Yeah. Aku dah makin kurang ajar. Kurang ajar dari bab mana kawan ? Kita kawan dari tahun lepas dan aku couple dengan F pun dari tahun lepas. Kenapa tahun lepas kau tak cakap macamtu kawan ?
Kenapa sekarang baru kau nak sedar perubahan dari diri aku ?
Bila aku tanya kau kurang ajar macammana , kau taknak jawab.
Jadi salah aku ke ? Hah ? Salah aku ?
Tolong jangan kaitkan F dalam hal ni. Dia tak tahu pape. Tolong marah dekat aku kalau kau rasa aku yang salah tapi bukan dengan kau kaitkan F kawan :')
Kau gedik sekarang :
Gedik ? Gedik dari tang mana tu kawan ? Gedik dari segi aku gelak ? Gedik dari segi aku kacau orang ? Gedik dari segi aku bahan orang ?
Aku perempuan. Dan bukan salah aku kalau gedik tu memang ada dalam diri aku. Kau perempuan juga. Dan kau tentu ada rasa gedik tu juga.
Tapi segedik-gedik aku pun , kenapa kau masih nak kawan dengan aku ? Kenapa kau masih nak gurau dengan aku ? Kenapa kau masih nak tegur aku , nak suruh aku layan kau kalau aku tak pandang muka kau langsung ?
Kenapa ? Kau lagi tahu jawapannya kawan. Tolong jangan jadi FAKE. Depan aku , kau gelak tawa. Belakang aku , kau kutuk macam-macam.
Kata kau , kau nak aku yang dulu. Yang baik.
Tapi sayang kawan , kau tak berapa kenal perangai aku macammana. Kalau betul kau nak aku yang dulu , kau akan tegur perangai aku yang kau kata GEDIK tu depan-depan. Bukan dengan cara mengutuk.
Kau boleh fikir semua ni sendiri :')
Kau sombong :
Sombong ? Kau sedar tak apa kau cakap ni ? Dan kau lelaki. Kau berkawan rapat dengan perempuan yang kata aku GEDIK tadi.
Hey ? Kau tahutak yang kita sekarang dah tak sama kelas ? Kita bukan macam dulu.
Aku dah takboleh nak layan kau selalu macam dulu. Aku takboleh nak dengar cerita kau macam dulu.
Aku dah takboleh nak gelak besar-besar dengan kau macam dulu. Dan aku dah takboleh nak gurau dengan kau macam dulu.
Aku bukan sengaja kawan tapi disebabkan kita lain kelas. Kita boleh jumpa time waktu agama je sebab kelas kita bergabung kan ? Hm , aku harap kau faham.
Tapi satu aku bangga dengan kau kawan , kau bagitahu aku pasal perempuan tadi dan dalam masa yang sama , kau terus terang depan-depan. Tu yang aku suka. Teguran secara depan-depan aku boleh terima.
Tapi , mengutuk memang aku benci gila. Tolong faham diri aku.
Kau cari aku masa dalam susah je pastu kau suka gurau kasar :
Cari kau masa susah je ? Kau silap. Macam aku cakap tadi , kita lain kelas !
Aku masetu memang sakit perut dan aku minta kau tolong carikan aku cikgu sebabb masetu kau je yang ada kat situ. Tapi kau boleh lagi cakap "Alaa , suruhlah orang lain. Kau masa susah baru cari aku".
Dan series masetu aku terkejut bila kau cakap macamtu. Okay aku kuat. Aku minta tolong Aifana dan dia sanggup jaga aku dekat bilik kesihatan walaupun masetu waktu math dan dia kurang faham dalam math.
Dia nak belajar tapi dia temankan juga. Thanks Aifa.
Gurau kasar ? Maafkan aku kawan. Aku tak sedar semua tu. Dan mungkin ini diri aku.
Aku tak sempurna dan tolong maafkan aku :')
Reader , maafkan aku juga kalau korang rasa memang sekarang aku dah berubah.
Tolong maafkan aku kalau korang rasa aku memang gurau kasar dengan korang.
Dan tolong maafkan aku kalau korang rasa aku sombong. Actually , aku rabun jauh :')
Sekali lagi aku mohon maaf untuk segalanya kalau aku ada buat korang terasa atas kelakuan aku.
Tolong tegur kesilapan aku selepas ini.
Assalammualaikum :')